Akaun empire2802.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Hikayat Si Kembar 2
TAJUK : HIKAYAT SI KEMBAR 
PERMULAAN GALUR ALAM SIGUNTANG. 

SINOPSIS

Siri pertama dari keseluruhan trilogi ini mengisahkan tentang kembara sepasang kembar kacukan jin; Ahmad dan Muhammad bersama adik perempuan mereka, Zaleha.

Kisah yang berlatarbelakangkan dunia jin dan manusia ini bermula di mana sepasang suami isteri yang bernama 
Megat dan Merdu yang merupakan ibu dan bapa kepada ketiga beradik, dibunuh dengan kejam oleh 
Tok Bakawali yang telah bersumpah untuk membunuh seluruh keturunan Raja Alam Siguntang, datuk kepada Merdu, raja segala bunian, yang telah membunuh sahabat baiknya, Sutra, lama sebelum itu. 

Selepas kedua ibu bapa mereka dibunuh, takdir telah memisahkan kedua kembar semasa dihanyutkan oleh Merdu sebagai jalan untuk menghapuskan jejak. Dua jin harimau, Geruh dan Guntur 
telah menyelamatkan mereka di mana Geruh telah menjaga dan mendidik Muhammad dan Zaleha manakala Guntur telah menjaga dan mendidik Ahmad. Hinggalah ditakdirkan tuhan, kedua kembar dipertemukan semula bersama Tok Long Chik; sahabat manusia Geruh dan Ali; anak kepada penghulu kampung Delima Mekar. 

Namun atas sebab Ahmad bertekad untuk menuntut pembelaan setelah adiknya Zaleha diculik oleh Tok Bakawali, sekali lagi mereka terpisah di mana Ahmad telah diperdaya oleh Tok Jingga yang merupakan jelmaan Ram, peramal Tok Bakawali yang penuh bermuslihat.

Tanpa sedar, tindakannya itu 
telah menyebabkan kematian Geruh yang merupakan sahabat lama kepada Tok Bakawali yang telah berpaling tadah. Ahmad secara rahsia telah dilatih untuk mencapai Titik Keramat Urat sebagai kononnya persediaan untuk menghadapi Tok Bakawali. 

Di dalam kembara yang penuh berliku ini untuk menjejak Ahmad yang telah diperdaya oleh Ram, Muhammad telah menempuhi pelbagai cabaran termasuklah menemui kawan baru dari kalangan manusia; Jejaka si anjing jadian.

Bersama niat yang suci untuk bersama berjuang bagi membantu kedua 
kembar yang luarbiasa ini, mereka telah berkenalan dengan Penghulu Seri Bentara, penghulu kampung 
bunian Tok Dewa yang sedang dirundung ancaman perang oleh Embah Sireng, penguasa dari wilayah jin Hindu. 

Atas rasa takjub pada kemampuan Muhammad tambahan dia adalah merupakan pengikut setia Raja Alam Siguntang, Penghulu Seri Bentara telah mengarahkan Muhammad untuk melakukan puasa Pati Geni untuk membangkitkan kekuatan di dalam diri.

Berkat ketekunan dan kelurusan hati, 
Muhammad telah berjaya bukan sahaja membangkitkan kekuatan dalaman ke tahap tinggi, malah, telah 
berjaya menemui abangnya melalui alam kembar; alam yang hanya boleh dicapai oleh mereka berdua sahaja. 
Ditakdirkan pertemuan kembali kedua kembar telah membantu penduduk Kampung Tok Dewa memenangi perang yang singkat. Maka mereka perlu bersedia untuk menghadapi Tok Bakawali. Namun, timbul tanda tanya yang berbuku di dalam diri mereka semua. 

DAPATKAN SEGERA BUKU HiIKAYAT SI KEMBAR INI SEBELUM KEHABISAN STOK.



HARGA 

RM39.90 termasuk Sabah & Sarawak 

POSTAGE  

Semenanjung Malaysia : RM8.00
Sabah/Sarawak : RM15.00 atau mengikut berat. 

YANG DITUNGGU-TUNGGU KINI TELAH TIBA

HIKAYAT SI KEMBAR 2
RAMALAN JAGAT RAYA 



SINOPSIS 

Rahsia Ram yang selama ini menyelinap di dalam kelam telah terbongkar. Dengan kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yang ingin dihajati. Namun, disangka hujan hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. 

Apakah itu Ramalan Jagat Raya? 

Apa kaitannya dengan Ahmad dan Muhammad hinggakan timbul siluman-siluman kegelapan yang mengaku sebagai dewa dan dewi, tampil untuk menggagalkan mereka? 

Kesinambungan kali ini akan dipenuhi dengan liku-liku yang jauh lebih membinasa. Dapatkah Ahmad, Muhammad dan Zaleha meneruskan perjalanan mereka? 

Dapatkan jawapannya di dalam naskhah ini. 



HARGA 

RM45.00 termasuk Sabah & Sarawak 

POSTAGE  

Semenanjung Malaysia : RM8.00
Sabah/Sarawak : RM15.00 atau mengikut berat. 

Dapatkannya sekarang sebelum kehabisan. 

Klik sini untuk membuat pembelian.

.